Tulang Belakang


Pembetulan tulang belakang bagi masalah sakit belakang



Masalah tulang belakang penyebab sakit belakang
Masalah sakit belakang

Pembetulan tulang belakang merupakan kaedah urutan yang merawat masalah yang berkaitan dengan tulang belakang antaranya sakit belakang. Terdapat pelbagai teknik yang digunakan untuk membetulkan postur atau kedudukan tulang belakang. Setiap satu kaedah mempunyai tujuan tertentu bagi setiap bahagian tulang belakang iaitucervicalthoraciclumbar dan sacrum.

Bahagian tulang belakang
Bahagian tulang belakang

Masalah sakit belakang berpunca daripada bahagian tulang belakang tertentu yang tidak berada di dalam kedudukannya sendiri. Jika ini terjadi maka anda akan mengalami pelbagai masalah seperti sakit pinggang, lenguh badan, sengal-sengal badan, sakit kepala, sakit tengkuk dan sebagainya. Malah penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, dan lain-lainnya mungkin juga berpunca daripada masalah tulang belakang selain daripada pemakanan.

Masalah sakit belakang disebabkan tulang belakang bermasalah
Masalah sakit belakang
Gambar di atas menunjukkan masalah sakit belakang yang berpunca daripada tulang belakang yang tidak betul kedudukannya. Apabila pinggul sudah tidak seimbang maka tulang belakang anda akan bengkok dan jika dibiarkan berlarutan maka anda akan mengalami masalah kesihatan yang kronik. Pelbagai senario yang boleh membuatkan tulang belakang itu bermasalah seperti kemalangan jalanraya, jatuh ketika bersukan atau bekerja dan duduk di kerusi pejabat terlalu lama. Ada beberapa pesakit yang menceritakan mereka pernah terjatuh atau kemalangan sewaktu mereka muda dahulu dan baru sekarang kesannya dapat terasa. Ia memang lambat tetapi masalah kesihatan akan muncul sedikit demi sedikit apabila umur semakin meningkat.

Rawatan pembetulan tulang belakang mampu merawat masalah sakit belakang dengan kaedah-kaedah seperti Yumeiho dan Kiropraktik. Kedua-duanya mempunyai perbezaan dan persamaan tetapi tujuannya adalah sama iaitu memperbetulkan kedudukan tulang belakang yang bermasalah.

Tulang tengkuk dirawat dengan terapi Yumeiho
Rawatan bagi masalah tulang tengkuk
Rawatan bagi tulang thoracic


Sakit pinggang dirawat dengan teknik Yumeiho yang menggunakan lutut
Rawatan bagi masalah sakit pinggang

Rawatan Yumeiho bagi masalah tulang pinggul
Pembetulan tulang pinggul

Sendi pinggul diperbetulkan dengan teknik Yumeiho
Rawatan bagi pembetulan sendi pinggul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan