Akupuntur


Akupunktur

PDFPrintE-mail


Akupunktur adalah kaedah merawat penyakit yang melibatkan saraf.Terdapat titik-titik akupunktur yang sangat efektif pada tubuh badan manusia yang boleh merawat berbagai jenis penyakit.

Penyakit-penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah akupunktur seperti:

1.Arthritis/sakit pada setiap persendian
2.Sakit belakang/pinggang
3.Salah urat/terseliuh
4.Urat saraf
5.Stroke/Angin Ahmar
6.Kekejangan
7.Athsma
8.Darah tinggi dan sakit kepala
9.Sinusitis dan lain-lain lagi

Rawatan menggunakan jarum akupunktur yang halus,tajam dan telah diseteril serta pakai-buang.Tidak menyakitkan.masa yang diambil untuk rawatan 1 hingga 2 jam bergantung kepada jenis penyakit.

Akupuntur dengan herba 'moxa' sangat efektif untuk masalah urat saraf

AKUPUNKTUR
Akupunktur adalah kaedah penyelitan jarum-jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan atau titik tertentu pada tubuh badan untuk merangsang pengaliran Qi (disebut sebagai chee) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semulajadi. Kadang kala , selain menyelitkan atau menyucuk jarum akupunktur , para doktor mungkin memilih untuk menggunakan kaedah akupunktur menahan untuk merangsang pada masa yang lama atau panjang atau mungkin menggunakan haba . Teknik penggunaan haba dikenali sebagai "Moxibustion" dan penggunaan tenaga elektrik dipanggil"Electrostimulation". Jarum akupunktur yang digunakan mestilah disterilkan dan keseluruhannya adalah jenis yang pakai-buang.

Akupunktur adalah sama seperti rawatan menggunakan herba dan kaedah ini adalah bebas daripada sebarang penggunaan dadah. Rawatan ini juga tidak mempunyai kesan sampingan dan berkait rapat dengan perubatan yang digunakan . Seseorang itu seharusnya memberitahu doktor jika mengambil sebarang ubat atau sedang mengandung pada masa rawatan akupunktur dijalankan . Jika seseorang itu menggunakan pengatur denyut jantung dan kosmetik implan ianya haruslah memaklumkan terlebih dahulu kepada doktor anda . Akunpunktur selalunya digunakan bersama dengan ubat-ubatan yang lain untuk menambahkan keberkesanannya . Ia digunakan untuk mengawal kesakitan selepas perubatan dan prosedur pergigian dijalankan . Ia digunakan untuk meningkatkan tahap kesihatan sekaligus menggalakkan penyembuhan dan pengurangan kesan sampingan kebanyakan jenis dadah termasuk ‘Chemotherapy ’ .

AKUPUNKTUR TIDAK MENYAKITKAN

Rawatan akupunktur menyakitkan hanya apabila jarum diselit atau dicucuk ke bahagian kulit . Kesakitan ini hanya mengambil masa antara 10 - 15 saat . Dimana jarum yang digunakan adalah sangat halus . Akupunktur adalah sangat berkesan dikawasan dimana ubat-ubatan biasanya tidak begitu berkesan seperti wabak yang teruk , pengawal kesakitan dan pengurang tekanan.

PERBEZAAN AKUPUNKTUR BARAT DAN TIMUR

Akupunktur barat adalah untuk mengenalpasti wabak penyakit , mengenalpasti patogen dan untuk mengenalpasti ketidakseimbangan dalam tubuh samada akibat tindakan kuman , bakteria , ketidaknormalan biokimia atau pengumpulan darah dalam salur darah . Manakala dalam perubatan akupunktur timur iaitu perubatan China , ia menggunakan akupunktur untuk mengenalpasti tahap kesihatan dan juga fungsi status Qi , darah , kahak dan cairan badan . Bagi doktor perubatan barat pula , ia memeriksa pesakit dan membuat diagnosis terlebih dahulu dengan berpandukan karektor fizikal iaitu menggunakan 12 meridian akupunktur ianya daripada lidah pesakit – samada ia berselaput atau tidak , bentuknya dan pergerakannya . Ia juga melibatkan pemerhatian kepada keseluruhan fizikal pesakit iaitu muka , kulit , kuku dan mata . Jadi para doktor barat akan mengdiagnosis status Qi samada lemah , tidak berfungsi atau sesak . Mereka juga akan memeriksa untuk 4 pengaruh luar seperti haba, kelembapan, kekeringan dan angin.

Mengikut paradigma perubatan timur, akupunktur adalah menggunakan konsep Qi. Di barat pula , akupunktur dinyatakan sebagai tenaga bioelektrik . Ia tidak boleh dilihat menggunakan mikroskop, tidak boleh dikesan menggunakan peralatan saintifik dan tidak boleh dipisahkan daripada substratnya .
Akunpunktur adalah untuk memelihara kesihatan pada peringkat Qi . Satu lagi konsep timur ialah Yin dan Yang . Yin adalah kualiti feminin pada alam semesta dan Yang ialah maskulin pada alam semesta . Dalam perubatan barat , Yin adalah anatomi manakala Yang ialah fisiologi . Dalam perubatan timur , Yin adalah darah manakala Yang adalah tenaga Qi .

FUNGSI 'Qi'

Lima fungsi utama Qi ialah ;
  • 1) Desakan- iaitu pembesaran dan pembangunan tubuh badan
  • 2) Pengekalan haba badan pada suhu yang sesuai
  • 3) Melindungi badan daripada tekanan dan patogen
  • 4) Mengawal darah dan cairan badan dalam tubuh
  • 5) Memetabolismakan Qi , darah dan cairan badan

FUNGSI AKUPUNKTUR

Akupunktur ialah cara untuk penyembuhan secara semulajadi dan meningkatkan fungsi didalam badan . Ia dilakukan dengan memasukkan , menyelit atau menyucuk beberapa jumlah jarum yang dibekalkan dengan haba atau arus elektrik pada merata-rata titik akupunktur . Masyarakat China mentafsirkan akupunktur sebagai Qi atau tenaga yang mengalir melalui rangkaian atau saluran didalam badan . Rangkaian atau saluran ini dipanggil meridian . Meridian adalah seperti sungai yang mengalir ke seluruh badan dan memberi khasiat dan nutrien pada tisu .

Gangguan atau halangan pada tenaga ( Qi ) , darah dan cairan akan membawa kepada ketidak fungsian dan penyakit serta kematian . Rawatan akupunktur boleh membantu organ dalaman , tisu yang bergabung , meningkatkan pencernaan dan penghasilan tenaga .

Sains moden menerangkan fungsi akupunktur adalah penyucukkan jarum-jarum akupunktur pada titik rangsangan tertentu merangsang sistem urat saraf untuk melepaskan neuroprotein dan maklumat neuro yang terletak didalam paket pada otot , kordaspinel dan otak khususnya untuk pelepasan endorfin , enkefalin dan dinorfinyang dikenal pasti berlaku ditengah-tengah bahagian otak .

Prinsip perubatan China adalah seimbang dan harmoni diantara Yin dan Yang Keseimbangan Yin dan Yang adalah tahap kesihatan badan , minda dan semangat . Dalam sains moden , kesihatan ialah pergerakan elektron . Elektron dalam sel bertindak berpandukan paten atau corak tersendiri . Bioelektron ini bergerak dengan seimbang dan harmoni . Tenaga bergerak dalam meridian adalah secara langsung dan tidak langsung , pergerakan bioelektron . Meridian adalah laluan dimana bioelektron bergerak lebih kerap daripada bahagian lain badan .

Apabila cas positif dan negatif daripada pergerakan bioelektrik tidak seimbang. Yin dan Yang juga turut tidak seimbang . Ini akan mengakibatkan salah fungsi dan penyakit . Lebih banyak rawatan akupunktur diambil atau diterima , lebih lama pergerakan bioelektron yang normal berlaku sehingga sel-sel tidak ada yang berada dalam keadaan tidak normal . Pada tahap ini , keadaan pesakit adalah seimbang dan sihat sepenuhnya .

AKUPUNKTUR TANPA JARUM

  • Ya ada , yang paling umum , akupunktur yang tidak menggunakan jarum adalah auricular therapy dimana rangsangan elektrik akupunktur dikenakan pada titik-titik tertentu di telinga .
  • Telinga adalah sistem mikro untuk seluruh badan dengan lebih 200 titik akupunktur wujud untuk mengdiognesis dan rawatan .
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan