Apakah yang dimaksudkan dengan fisioterapi?
Fisioterapi adalah singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi sama maksud dengan penjagaan.Jadi makna fisioterapi ialah penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di Malaysia fisioterapi dikenali sebagai jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan (anggota).
Kerjaya dan pendidikan
Sebenarnya sebelum ini, telah dibuat artikel terperinci tentang kerjaya dan pendidikan bidang fisiologi ini, untuk mendapatkan maklumat tentang defenisi serta pekerjaan bolehlah ke tajukKerjaya dan Pendidikan untuk Diploma Jurupulih Perubatan Anggota (FISIOTERAPI)sebelum ini.
Matlamat ahli fisioterapi
Sebagai matlamat utama seorang ahli fisioterapi ialah bagi membantu pesakit untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap yang tinggi dan dapat difungsikan dengan sebaik mungkin. Tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik.
Contoh Kes Pesakit
Jika dilihat kini, ramai yang mengalami masalah darah tinggi dan kebanyaknnya menjadi lebih kronik apabila berlaku keadaan strok. Kebanyakan strok menyebabkan lemah fungsi anggota dan lumpuh kerana mengalami masalah dengan salur darah dan sebab-sebab lain. Ketidakfungsian atau lemah fungsi anggota itu perlu mempunyai seorang pakar atau ahli fisiologi untuk menjadikan ia kembali atau meningkatkan lagi kefungsian anggota tersebut.
Berjumpa ahli fisiologi dengan segera serta mengikuti tahap-tahap latihan secara berperingkat mampu sedikit sebanyak meningkatkan keupayaan otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak.
Antara kaedah yang dilakukan oleh Ahli Fisioterapi
Elektro Terapi
- Ultra Sound
- Interferential Terapi
- Laser
- Diatermi Gelombang Pendek
Terapi Manual
- Mobilisasi
- Manipulasi
- Urutan
- Senaman Therapeutic
- Rehabilitasi selepas pembedahan
- Nasihat dan langkah pencegahan
Sumber :Apa Itu Fisioterapi dan Kaitan Dengan Perubatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan