Ahad, 21 April 2013

Akupuntur dan Kelebihannya




Mungkin ada yang pernah mendengar tentang rawatan akupuntur melalui media dan hiburan seperti filem-filem kung-fu dan sebagainya atau mungkin juga ada yang pernah mendapatkan rawatan akupunktur. Apa pun akupuntur tidak asing lagi dalam menjadi perawatan alternatif bagi masyarakat dunia.

Apa itu Akupuntur?

Akupuntur berasal dari bahasa Latin iaitu Acus (jarum) dan Punggere (cucuk) manakala dalam bahasa Cina ianya disebut Cenciu. Ianya adalah satu ilmu atau seni perubatan yang menggunakan jarum-jarum halus yang dicucuk pada titik tertentu di badan yang lebih dikenali sebagai "acupuncture point" atau titik akupuntur.

Jarum akupuntur yang sangat halus


Tujuan akupuntur adalah untuk merangsang tenaga Qi bagi mendapatkan kesembuhan sesuatu penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan. Apabila jarum akupuntur dicucuk maka secara automatiknya saraf di kawasan yang dicucuk terangsang dan menstabilkan pengaliran darah di kawasan tersebut.

Akupuntur telah diamalkan oleh tamadun China sejak 4000 tahun yang lampau. Maka ahli-ahli perubatan memberi penghormatan mereka kepada China walaupun akupuntur telah digunakan oleh masyarakat tamadun lain seperti orang-orang Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno dan India.

Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Cina merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah di dalam perubatan akupuntur. Segala penemuan dan pemerhatian di dalam perawatan dicatit di dalam buku yang diturunkan dari generasi ke generasi sehingga pada hari ini. Malah Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk "Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine" pada tahun 2000 sebelum masihi. Buku yang diterjemahkan masih ada di simpanan seorang penulis di Beijing, China.


Akupuntur dan Perubatan Islam

Ramai yang tidak sedar bahawa akupuntur sebenarnya adalah pecahan daripada bekam yang merupakan peninggalan Rasulullah s.a.w. Setelah sahabat Rasulullah s.a.w. tiba di China dalam memperkembangkan agama Allah maka perawatan bekam juga diperkenalkan di sana. Setelah berkurun lamanya orang China membuat kajian mengenai bekam maka mereka mendapati akupuntur adalah pecahan daripada bekam.
Tetapi umat Islam perlu pentingkan bekam kerana ianya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan selain dapat meningkatkan mutu kesihatan umat Islam juga mendapat pahala dan syafaat di padang mahsyar kelak. Insya Allah.

Akupuntur boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak ada pantang berbeza dengan bekam yang mana tidak semua orang boleh dibekam. Sebagai contoh pesakit kencing manis tahap yang serius tidak boleh dibekam kerana dikhuatiri kulitnya lambat sembuh. Boleh juga dibekam pesakit tersebut cuma mereka yang pakar sahaja tahu bagaimana melakukannya.

Kelebihan Akupuntur
  • Merangsang atau mengaktifkan saraf
  • Menstabilkan pengaliran darah
  • Menormalkan tekanan darah
  • Merangsang tenaga Chi
  • Mengatasi pelbagai penyakit
  • Tidak menggunakan dadah
  • Tidak ada kesan sampingan
  • Kos efektif (tidak memerlukan belanja yang besar)
  • Mengeluarkan bisa terkena sihir (jika ada)
  • Melegakan kesakitan
  • Mengatasi kemurungan
  • Meningkatkan kecerdasan
  • Mengatasi masalah rabun
  • Dan banyak lagi

Refleksologi


Refleksologi ( Urut Tapak Kaki )


Refleksologi bukanlah satu pengubatan.  Dalam kaedah urutan refleksologi ini tiada ubat yang dimakan, tiada jarum yang ditusuk, tiada pembedahan yang dilakukan dan juga tiada kesan sampingan.  Rawatan melalui kaedah urutan refleksologi ini sangat berbeza dengan sistem perubatan biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah dan tidak terlepas daripadanya kesan sampingan.  Juga kebanyakannya bukan menyembuhkan tetapi sekadar bertahan dari sakit.

Refleksologi juga bukan mengubat penyakit atau membenamkan penyakit, akan tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul sekaligus penyebab/punca kepada penyakit.  Apabila punca kepada penyakit sudah hilang, ini bermakna sudah selesai sakit tersebut/penyakit sudah pun sembuh. 

PENGERTIAN URUT REFLEKSOLOGI

Merupakan satu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat uraf saraf yang ada di badan di mana titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.

TUJUAN / MANFAAT URUT REFLEKSOLOGI PADA TUBUH

Kaedah rawatan refleksologi ini mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia dan memulihkan fungsi-fungsi anggta badan yang terganggu dengan cara menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri iaitu pengaliran darah yang tidak lancar dalam badan serta saraf-saraf yang terganggu atau rosak.  Bila pengaliran darah di seluruh tubuh sudah normal dan lancar biasanya seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat.  Jadi secara umumnya tujuan/manfaat rawatan refleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu sentiasa dalam keadaan sihat.


CARA KERJA URUT REFLEKSOLOGI

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah tapak kaki kita.  Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapat kelegaan daripada sakit dan kesakitan yang kita lihat seperti sakit jantung, pointnya ada pada kaki sebelah kiri.

Gambar di atas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat di kanan dan kiri kaki.

Ia sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir di tapak kaki kita.  Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

Sebagaimana yang diketahui bahawa darah mengalir di dalam tubuh setiap masa.  Bila jantung menguncup, ia memberi tekanan kepada darah sehingga darah akan pergi ke seluruh tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal iaitu membawa oksigen dan zat-zat makanan untuk keperluan organ-organ tubuh.  Sebaliknya bila jantung mengembang, darah akan berbalik semula sambil membawa karbon dioksida serta sel-sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk dihantar ke orga-organ pembuangan.  Semua kotoran yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh akan dibuang melalui air kencing.  Bila pengaliran darah ini lancar maka setiap organ akan dapat berfungsi secara normal.  Bila ini berlaku biasanya seseorang itu akan sihat.

Sebaliknya bila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh ( arteri ) tidak lancar maka penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan terganggu.  Biasanya proses ini berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan bertambah dari semasa ke semasa.  Penyakit terjadinya penyumbatan pada arteri ini disebut "arteriosclerosis".  Apabila keadaan ini berlaku, iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen maka fungsinya akan terganggu.  Apabila fungsi organ terganggu, maka seseorang itu akan sakit.  Begitu juga bila sebaliknya, bila darah balik ( vena ) tidak lancar maka sebahagian kotoran atau toksid tidak akan terbuang.   Bila tidak terbuang kotoran itu akan mendap dalam organ-organ tubuh.  Sebahagian kotoran atau toksid itu juga akan mendap pada saluran darah balik ( vena ) yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya akan terjadilah penyakit.  Penyakit terjadinya penyumbatan dalam saluran darah balik (vena) ini disebutkan dengan istilah "varicosevena".

Maka terapi urut refleksologi ini akan menanggalkan kotoran-kotoran  atau sumbatan pada saluran darah pergi ( arteri ) sehinggalah darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya.  Tanpa adanya halangan, maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup baik oksigen maupun zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan dapat berfungsi dan menjalankan kerja-kerjanya dengan sempurna.  Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam saluran darah balik (vena ) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi toksid samada karbn dioksida ataupun kotoran ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik, sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang akan dapat dibuang dengan sempurna.  

Kotoran-kotoran ini akan terbuang dengan melalui 4 cara :

1) Kencing
2) Berak
3) Peluh
4) Pernafasan

Diharap dengan penerangan yang ringkas ini dapatlah difahami bahawa betapa pentingnya penjagaan kedua-dua tapak kaki ini.  Gunalah kaedah urutan ini dalam merawat / memperbetulkan fungsi-fungsi organ dalam badan.  Dengan urutan ini ia akan melancarkan peredaran darah dalam badan sekaligus menyahkan punca kepada penyakit.  Anda boleh lakukannya sendiri di rumah.  Urutlah dengan memberi tumpuan kepada organ-organ yang disentuh.  Ini adalah kaedah terbaik dalam memberi keberkesanan pada setiap urutan.  Walau bagaimanapun, urutan yang berterusan dan buat sekerap mungkin adalah sangat membantu mempercepatkan pulih dari sakit. Perlu diingat juga, urutan refleksologi hanya dapat merawat kes-kes ringan sahaja.  Untuk kes-kes berat ia perlu disertai dengan kaedah rawatan bekam.  Maka bekam selepas mendapat urutan refleksologi adalah sangat-sangat bagus.   

Tindakbalas Selepas Urutan Refleksologi

* Kencing lebih kotor atau bau yang lebih busuk dari biasa.  Kadang-kadang ada yang keluar berpasir.
* Bahagian-bahagian tertentu dari anggota akan terasa sakit untuk beberapa ketika dan kemudian akan hilang dengan sendirinya atau kesakitan itu akan berpindah ke tempat lain.
* Rasa letih, lesu dan mengantuk.
* Timbul gatal-gatal pada kulit
* Berak cair atau berminyak
* Kepala terasa sakit
* Muntah-muntah
* Banyak buang angin
* Urat darah nampak timbul
* Berpeluh banyak dan kadang-kadang likat
* Rasa lebih ringan dan lebih cergas

Mengapa Harus Berbekam


MENGAPA HARUS BERBEKAM ?
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam. "Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya." Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...
RAWATAN EFEKTIF DARAH TINGGI ADALAH BERBEKAM
Penyakit darah tinggi adalah penyakit yang melanda kira-kira 90% penduduk di Msia baik lelaki mahupun perempuan.Penyakit darah tinggi jika tidak dirawat,akan menyebabkan penyakit strok dan jantung.Kaedah rawatan setakat ini di M`sia hanyalah dengan memakan ubatan moden yang pasti mempunyai kesan sampingan. Bagi rawatan yang efektif untuk menstabilkan tekanan darah kita dalam keadaan normal,kaedah berbekam adalah yang paling mujarab dan terjamin berkesan.Bagi kaedah berbekam yang menggunakan pen bekam,pesakit disyorkan berbekam 2 minggu sekali,dan bagi kaedah berbekam menggunakan pisau torehan,pesakit disyorkan berbekam sebulan sekali secara konsisten. Apabila anda sudah konsisten menjalani rawatan bekam,anda tidak perlu lagi mengambil ubatan moden,yang penting dalam 2 hari sekali anda perlu memakan ulaman seperti pegaga,ulam raja,petai ataupun peria yang terbukti berkesan dalam membersihkan darah dan juga melancarkan aliran darah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
JENIS-JENIS SAKIT KEPALA (part 1)
Sakit Kepala SINUS Sakit kepala jenis ini terjadi kerana penyakit sinusitis (radang pada sinus). Anda akan terasa tekanan pada sekita mata, pipi dan kening. Kepala terasa berdenyut-denyut. Untuk mengatasi sakit kepala jenis ini, sentiasalah menjaga sinus anda agar ia tetap sihat dengan memastikan tangan sentiasa bersih. Usah merokok kerana asap rokok boleh mnyebabkan iritasi pada sinus. Pastikan anda tidak kerap berada pada kawasan yang terlalu kering atau terlalu lembap. Sakit Kepala MIGRAIN Migrain adalah sakit kepala yang berulang pada satu sisi kepala selama beberapa jam atau juga beberapa hari. Ia berdenyut-denyut dan gejalanya sangat parah. Anda mungkin terasa ingin berbaring di satu tempat yang sunyi. Migrain lazimnya terjadi oleh beberapa tanda misalnya melihat kilatan chaya, lemas, kebas pada kaki dan lengan. Anda juga mungkin akan muntah, mual dan sangat sensitive pada suara mahupun cahaya,

Bekam Menyembuhkan Racun dan Sihir


BEKAM MENYEMBUHKAN RACUN DAN SIHIR

Dari ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar.Baginda pun bertanya "apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "hadiah".W anita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah, sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan", kemudian baginda bertanya kepada wanita itu.."apakah kamu telah meracuni kambing ini ? wanita itu menjawab "ya"..baginda bertanya "mengapa ?" wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu. Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam...

Ibnul Qoyyim berkata "ketika Nabi SAW berbekam, baginda berbekam di tengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam"

Saya katakan"demikianlah, juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar. Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka". Nabi SAW segera mengarah kepada sumber bahaya, iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam. Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu, sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis. Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam, berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut, tetapi tidak memakai kaedah bekam.

Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...Jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin kedalam badan seseorang, lantas jin itu mengalir di dalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak, maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya di bahagian kepala di mana jin memberikan pengaruh padanya. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-Quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan, iaitu Al-Quran dan bekam.

KESIMPULANNYA, BAGI PESAKIT GANGGUAN JIN SEPERTI SANTAU, SIHIR DAN SAKA, ANDA DIGALAKKAN MENDAPATKAN RAWATAN BEKAM SEMINGGU SEKALI DI KAWASAN TENGKUK DI SAMPING MENJALANI RAWATAN RUQYAH SYAR'IYAH

Jumaat, 19 April 2013

Rawatan dan Amalan Berbekam

Rawatan dan Amalan Berbekam
Waktu Bekam

Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa bertujuan mengubati penyakit.

Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Alat bekam

* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Larangan berbekam

* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.

* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Jenis bekam

Bekam kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Bekam Sunnah

Keinginan hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.

Pernahkah anda mengamalkan bekam bagi mengeluarkan darah dan angin kotor agar tubuh menjadi lebih sihat? Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud mengeluarkan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor daripada badan, manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah, iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.

Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif.

Pengamal kaedah perubatan bekam, Noraini Tumijan menjelaskan bekam adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri.

Sambungnya, berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT. Ada beberapa jenis bekam diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

"Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia adalah bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi," katanya ketika ditemui di premis miliknya di Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Noraini berkata, bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.

"Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama," katanya.

Seperti juga rawatan lain, amalan berbekam harus dimulakan dengan memeriksa badan pesakit. Bagi mereka yang arif soal berbekam mereka mampu mengetahui keadaan pesakit hanya dengan menekan urat tertentu di badan pesakit.

Katanya, teknik bekam yang diperkenalkannya selamat, tidak sakit dan berbahaya dan mendakwanya berkesan mengubati dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, bekam didakwanya mampu memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat.

"Daripada sentuhan berkenaan, penyakit akan dapat dikesan melalui kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam dan bertompok-tompok.

"Kaedah tekanan boleh digunakan dengan cara menekan bahagian tertentu. Apabila tekanan dilakukan pada bahagian itu pesakit akan berasa sakit," katanya.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, bekam darah boleh dilakukan dengan mencucuk kulit bagi membolehkan darah kotor disedut keluar menerusi tiub khas. Rawatan ini dilakukan kira-kira 20 minit bergantung kepada ketahanan individu dan seelok-eloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana ketika itu urat saraf berkembang.

"Pelanggan dinasihat tidak mengambil sebarang makanan dua jam sebelum melakukan sesi berbekam dan begitu juga mandi. Selain itu, mereka juga digalakkan berehat selepas menjalani sesi rawatan.

"Kelebihan mengamalkan bekam darah adalah ia menjanjikan kesegaran tubuh serta-merta sekali gus mengembalikan keserian kulit. Ini kerana darah yang keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam badan," katanya.

Noraini berkata, bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah senggugut serta endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas justeru berbekam akan melancarkan peredaran darah semula.

Antara kebaikannya lain ialah membantu menajamkan penglihatan dan menangani pelbagai penyakit iaitu 72 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Menjelas lanjut mengenai amalan bekam, Noraini memberitahu beliau juga menawarkan rawatan bekam angin digunakan untuk membuang angin dalam badan. Biasa dilakukan dengan menyedut angin menggunakan sejenis alat berbentuk pistol dan disedut menerusi bekas kaca.

Bagi Noraini, bekam angin dilakukan ke beberapa bahagian badan pesakit seperti di pangkal tengkuk (bagi menghilangkan pening dan migrain), bahu (bagi mengurangkan tekanan), belikat dan pinggang.

"Kebaikan bekam angin ialah membantu membuang angin dalam badan serta melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh serta melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki, mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar," katanya.

Menggunakan kaedah rawatan moden, Noraini memberitahu sebelum melakukan bekam pada pelanggannya, tubuh yang bakal disuntik dengan jarum disapukan dengan minyak bagi melembutkan permukaan kulit.

Selepas itu, barulah melakukan bekam luncur iaitu dengan menolak bekas kaca ke atas dan bawah. Jika pelanggan mengalami rasa pening, bekam harus diberhentikan serta-merta.

"Lazimnya bekam dilakukan secara ganjil iaitu lima, tujuh atau sembilan dan berikutnya. Buat pelanggan yang baru mencuba, saya tidak menggalakkan mereka lakukannya secara serentak atau berlebih-lebihan kerana khuatir mereka tidak biasa dengan hasil tindak balasnya dan boleh menyebabkan mereka pengsan.

"Oleh itu, mereka perlu tenang dan bagi mereka yang mengalami tekanan, saya tidak galakkan mereka lakukannya.

"Seiringan itu, selain mengamalkan 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu pada kepala, bawah telinga kiri dan kanan, leher, tulang bahu kiri dan kanan, pinggang kiri dan kanan serta bawah lutut kiri dan kanan mengikut Sunnah Nabi, saya juga lakukannya mengikut permintaan pelanggan. Darah kotor yang keluar dari tubuh bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, tetapi sebaliknya mengembalikan keremajaan kulit tidak kira lelaki mahupun wanita" 

Boleh dilakukan seawal usia tujuh tahun, Noraini berpendapat amalan berbekam seelok-eloknya diamalkan dua kali sebulan agar tubuh kembali sihat di samping penjagaan kulit.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/04/tentang-bekam-kebaikan-berbekam.html#ixzz2R5dhRgG4